Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2018
Seksyen 3
Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 33—
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas subkaedah (10) subkaedah yang berikut:
“
(10A)
Jika notis pengeluaran dibuat atas alasan bahawa ahli
Kumpulan Wang memerlukan pembiayaan bagi pengajian tinggi bagi dirinya sendiri atau bagi anaknya, ahli Kumpulan Wang itu hendaklah memberikan suatu notis pengeluaran kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga untuk membuktikan bahawa—
(a)
ahli Kumpulan Wang itu atau anaknya memerlukan pembiayaan bagi pengajian tinggi;
4
(b)
ahli Kumpulan Wang itu telah mengambil pinjaman pembiayaan bagi pengajian tinggi bagi dirinya sendiri dan pinjaman itu masih belum dibayar; atau
(c)
ahli Kumpulan Wang itu atau ahli Kumpulan Wang itu bersama-sama dengan anaknya telah mengambil pinjaman pembiayaan bagi pengajian tinggi anaknya dan pinjaman itu masih belum dibayar.
(10B)
Jika Lembaga berpuas hati dengan notis pengeluaran yang dibuat di bawah subkaedah (10A), Lembaga boleh membayar sebahagian atau keseluruhan—
(a)
jumlah yang diperlukan bagi pembiayaan bagi pengajian tinggi itu; atau
(b)
pinjaman itu yang masih belum dibayar.
(10C)
Apa-apa pembayaran yang dibuat di bawah subkaedah (10B)
hendaklah tidak melebihi jumlah yang diperlukan bagi pembiayaan bagi pengajian tinggi itu, pinjaman yang masih belum dibayar itu atau amaun dalam Akaun II ahli
Kumpulan Wang itu, mengikut mana-mana yang lebih rendah.
(10D)
Lembaga boleh membenarkan pembayaran di bawah subkaedah (10B) dibuat mengikut cara yang diperuntukkan di bawah kaedah 42
kepada—
(a)
ahli Kumpulan Wang itu;
(b)
institusi pengajian yang berkenaan; atau
(c)
institusi pemberian pinjaman yang dibenarkan oleh Lembaga.
5
(10E)
Bagi maksud subkaedah (10A), (10B), (10C) dan (10D), melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"anak" ertinya anak ahli Kumpulan Wang, anak tiri ahli Kumpulan
Wang, anak yang diambil sebagai anak angkat oleh ahli Kumpulan
Wang di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan dan anak yang dijaga oleh ahli
Kumpulan Wang menurut Akta Penjagaan Budak 1961 [Akta 351];
"institusi pengajian" ertinya institusi pengajian yang menawarkan pengajian tinggi, atau mana-mana institusi pengajian yang dibenarkan oleh Lembaga;
"pembiayaan bagi pengajian tinggi" ertinya yuran pengajian tinggi atau apa-apa bayaran berhubung dengan pengajian tinggi yang dibenarkan oleh Lembaga;
"pengajian tinggi" ertinya—
(a)
pengajian peringkat diploma atau yang setaraf dengannya, pengajian peringkat ijazah atau yang setaraf dengannya, atau pengajian peringkat ijazah lanjutan atau yang setaraf dengannya, yang ditawarkan oleh institusi pengajian; atau
(b)
mana-mana kursus profesional atau kemahiran yang dibenarkan oleh Lembaga.”.
Pindaan kaedah 42