Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2018

Seksyen 4

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 42 dengan kaedah yang berikut:

6

“Jenis pembayaran dan pelepasan tanggungan 42.

(1)

Jika Lembaga telah membenarkan suatu pengeluaran dari Kumpulan

Wang di bawah seksyen 54 Akta, Lembaga boleh membuat pembayaran dengan mengkreditkan jumlah pengeluaran itu secara terus ke dalam akaun bank —

(a)

ahli Kumpulan Wang atau pemohon, mengikut mana yang berkenaan; atau

(b)

mana-mana orang yang telah diberi kuasa oleh seorang ahli

Kumpulan Wang atau pemohon melalui surat kuasa wakil yang telah disempurnakan untuk menerima amaun pembayaran bagi pihak ahli Kumpulan Wang itu atau pemohon itu.

(2)

Bagi tujuan pembayaran di bawah subkaedah (1), tanggungan Lembaga hendaklah disifatkan telah dilepaskan bermula dari tarikh pengeluaran yang diperuntukkan di bawah seksyen 54B Akta.

(3)

Lembaga hendaklah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa penyalahgunaan oleh mana-mana orang bagi mana-mana jumlah yang dibayar mengikut subkaedah (1).”.

Pemotongan kaedah 43

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2018