Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2020
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [P.U. (A) 493/1991]
dipinda dalam kaedah 41
dengan memasukkan selepas subkaedah
(10E)
subkaedah yang berikut:
“(10F) (a) Jika notis pengeluaran dibuat di bawah perenggan 54(6)(k) Akta atas alasan bahawa ahli Kumpulan Wang memerlukan pembiayaan kelestarian hidup, Lembaga boleh membenarkan pembayaran dari
Akaun II ahli Kumpulan Wang itu sekiranya—
(i)
notis pengeluaran diterima daripada ahli Kumpulan Wang itu pada bila-bila masa antara 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021;
(ii)
amaun pembayaran adalah tidak kurang daripada lima puluh ringgit dan tidak melebihi lima ratus ringgit sebulan;
(iii)
jumlah bilangan pembayaran kepada ahli Kumpulan Wang itu tidak melebihi dua belas kali dari tarikh notis pengeluaran diterima; dan
P.U. (A) 142 3
(iv)
pembayaran hanya bagi bulan-bulan selepas notis pengeluaran diterima;
(b)
ahli Kumpulan Wang yang telah membuat notis pengeluaran di bawah perenggan (a) boleh memohon kepada Lembaga untuk membatalkan notis pengeluaran itu atau mengubah amaun pengeluaran pada bila-bila masa sebelum 31 Mac 2021; dan
(c)
setelah notis pengeluaran yang terdahulu dibatalkan, ahli Kumpulan Wang boleh memberi notis pengeluaran yang baharu di bawah perenggan (a) pada bila-bila masa sebelum 31 Mac 2021.”.
Dibuat 4 Mei 2020
[9/1/GUB(U)-32; PN(PU2)498/VIII]
TAN SRI AHMAD BADRI BIN MOHD ZAHIR
Pengerusi
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
P.U. (A) 142 4
EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991
EMPLOYEES PROVIDENT FUND (AMENDMENT) RULES 2020