Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2022
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [P.U. (A) 493/1991]
dipinda dalam kaedah 41 dengan memasukkan selepas subkaedah (10ZH) subkaedah yang berikut:
“Ahli Kumpulan Wang memerlukan pembiayaan bagi maksud membantunya dalam menampung komitmen kewangannya yang terjejas disebabkan oleh pandemik
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) bagi notis pengeluaran yang diberikan kepada
Lembaga sehingga 30 April 2022.
(10ZI) Jika notis pengeluaran dibuat di bawah perenggan 54(6)(n) Akta atas alasan bahawa ahli
Kumpulan
Wang memerlukan pembiayaan bagi maksud membantunya dalam menampung komitmen kewangannya yang terjejas disebabkan oleh pandemik Penyakit Koronavirus 2019
(COVID-19) bagi notis pengeluaran yang diberikan kepada Lembaga sehingga 30 April 2022, ahli
Kumpulan Wang itu hendaklah memberikan suatu notis pengeluaran kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga.
P.U. (A) 109 3
(10ZJ) Notis pengeluaran yang disebut dalam subkaedah (10ZI) hendaklah dikemukakan oleh ahli Kumpulan Wang kepada Lembaga pada bila-bila masa sehingga 30 April 2022.
(10ZK) Jika Lembaga berpuas hati dengan notis pengeluaran yang dikemukakan oleh ahli
Kumpulan Wang, Lembaga boleh membenarkan ahli
Kumpulan Wang itu untuk mengeluarkan suatu amaun tidak kurang daripada lima puluh ringgit dan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit pada tarikh notis pengeluaran itu dibenarkan tertakluk kepada—
(a)
amaun yang ada pada kredit dalam Akaun II ahli Kumpulan
Wang itu digunakan sepenuhnya; dan
(b)
amaun yang ada pada kredit dalam Akaun I ahli Kumpulan
Wang itu digunakan jika terdapat apa-apa kekurangan dalam amaun yang ada pada kredit yang disebut dalam perenggan (a) bagi maksud pengeluaran itu.
(10ZL)
Bagi maksud subkaedah
(10ZK), amaun pengeluaran hendaklah dibayar kepada ahli
Kumpulan Wang secara sekali gus.
(10ZM)
Ahli Kumpulan Wang itu hendaklah, pada tarikh pengeluaran, mempunyai amaun
P.U. (A) 109 4
yang ada pada kreditnya dalam
Akaun
I sekurang-kurangnya satu ratus ringgit.
(10ZN) Jika ahli Kumpulan Wang telah mengemukakan notis pengeluaran di bawah subkaedah
(10ZI)
kepada
Lembaga, notis pengeluaran itu tidak boleh dibatalkan.”.
Dibuat 13 April 2022
[MOF.SBM(R) 600-41/39/91; PN(PU2)498/JLD. 19]
TAN SRI AHMAD BADRI BIN MOHD ZAHIR
Pengerusi
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
P.U. (A) 109 5
EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991
EMPLOYEES PROVIDENT FUND (AMENDMENT) RULES 2022