Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2024

Seksyen 2

Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [P.U. (A) 493/1991], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 41

dengan memasukkan selepas subkaedah (10ZN) subkaedah yang berikut:

“Ahli Kumpulan Wang memerlukan wang untuk apa-apa tujuan.

(10ZO) Jika suatu notis pengeluaran dibuat di bawah perenggan 54(6)(ja)

Akta atas alasan bahawa ahli

Kumpulan

Wang memerlukan wang untuk apa-apa tujuan, ahli Kumpulan Wang itu hendaklah, pada bila-bila masa, mengemukakan notis pengeluaran itu kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(10ZP)

Jika

Lembaga berpuas hati dengan notis pengeluaran yang dikemukakan oleh ahli Kumpulan Wang itu,

Lembaga boleh membenarkan ahli Kumpulan Wang itu untuk mengeluarkan suatu amaun tidak kurang daripada lima puluh ringgit pada tarikh notis pengeluaran itu

3

dibenarkan tertakluk kepada amaun yang ada pada kredit dalam Akaun III ahli Kumpulan Wang itu.”.

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2024