Seksyen 11
Penggantian kaedah 23
of Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 23 dengan kaedah yang berikut:
“Penyata upah 23.
Suatu penyata upah yang disediakan dan dikemukakan kepada setiap pekerja menurut subseksyen 42(1) Akta hendaklah mengandungi maklumat yang berikut—
(a)
nama penuh pekerja;
(b)
nombor keahlian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
(c)
jantina;
(d)
jenis dan nombor dokumen pengenalan;
(e)
tempoh bayaran upah;
(f)
amaun upah;
(g)
amaun bayaran lain;
P.U. (A) 347 9
(h)
amaun yang dipotong untuk caruman Kumpulan Wang;
(i)
nombor pendaftaran majikan;
(j)
amaun caruman majikan;
(k)
nama penuh majikan atau wakil majikan, tandatangannya dan tarikh penyata upah itu dikeluarkan; dan
(l)
dalam hal seorang pekerja yang bukan warganegara Malaysia, nombor pas kerja.“.