Malaysia legislation
Section 12
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2025
Seksyen 12
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 24 dengan kaedah yang berikut:
“Kewajipan majikan untuk menyediakan dan menyimpan daftar pekerja 24.
(1)
Suatu daftar pekerja yang disediakan dan disimpan menurut subseksyen 42(2) Akta hendaklah mengandungi maklumat yang berikut—
(a)
nama penuh pekerja;
(b)
nombor keahlian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
(c)
jantina;
(d)
tarikh lahir;
(e)
jenis dan nombor dokumen pengenalan dan, dalam hal seorang pekerja yang bukan warganegara Malaysia, termasuk tarikh tamat;
(f)
alamat tempat tinggal tetap;
P.U. (A) 347 10
(g)
pekerjaan;
(h)
tarikh mula bekerja;
(i)
tempoh bayaran upah;
(j)
amaun upah;
(k)
amaun bayaran lain;
(l)
amaun yang dipotong untuk caruman Kumpulan Wang;
(m)
amaun caruman majikan; dan
(n)
dalam hal seorang pekerja yang bukan warganegara
Malaysia, jenis, nombor dan tarikh luput pas kerja.
(2)
Dalam mana-mana prosiding undang-undang, daftar pekerja yang diperuntukkan di bawah subkaedah (1) hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang kewujudan dan kebenaran kandungannya bagi pendaftaran pekerja itu.”.
Pemotongan kaedah 25