Malaysia legislation
Section 16
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2025
Seksyen 16
Penggantian kaedah 35
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 35 dengan kaedah yang berikut:
P.U. (A) 347 12
“Butir-butir penamaan 35.
Mana-mana ahli Kumpulan Wang yang membuat penamaan menurut kaedah 34 hendaklah mengemukakan kepada Lembaga suatu notis yang berhubungan dengan penamaan itu yang mengandungi maklumat yang berikut:
(a)
nama penuh ahli Kumpulan Wang;
(b)
nombor dokumen pengenalan ahli Kumpulan Wang;
(c)
nama penuh orang atau nama institusi yang dinamakan;
(d)
nombor dokumen pengenalan orang yang dinamakan;
(e)
bahagian yang berkaitan dengan orang atau institusi yang dinamakan; dan
(f)
apa-apa butir-butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh
Lembaga bagi maksud pengenalan orang atau institusi yang dinamakan.”.
Pindaan kaedah 41