Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2025
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [P.U. (A) 493/1991], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 2—
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “bank yang diluluskan” takrif yang berikut:
‘ “dokumen pengenalan” ertinya—
(a)
suatu kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah
Akta Pendaftaran Negara 1959 [Akta 78]; atau
(b)
suatu pasport atau apa-apa bentuk dokumen pengenalan yang sah yang dikeluarkan oleh mana-mana kerajaan bagi tujuan perjalanan merentasi sempadan antarabangsa;’;
(b)
dengan memotong takrif “kad pengenalan”;
(c)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan noktah di hujung takrif “suami atau isteri” dengan koma bernoktah; dan
P.U. (A) 347 3
(d)
dengan memasukkan selepas takrif “suami atau isteri” takrif yang berikut:
‘ “tempoh yang ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah peraturan 2 Peraturan-Peraturan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja 2001 [P.U. (A) 409/2001].’.
Pemotongan kaedah 4