Malaysia legislation
Section 5
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2025
Seksyen 5
Penggantian kaedah 9
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 9 dengan kaedah yang berikut:
“Pendaftaran sebagai majikan 9.
(1)
Suatu permohonan untuk mendaftar sebagai majikan di bawah subseksyen 41(1) Akta hendaklah dibuat dengan mengemukakan kepada
Lembaga suatu notis sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(2)
Selepas menerima permohonan di bawah subkaedah (1),
Lembaga hendaklah mendaftarkan majikan itu dengan—
(a)
memberikan suatu nombor rujukan kepada majikan itu;
(b)
mengeluarkan suatu sijil pendaftaran kepada majikan itu;
dan
(c)
mewujudkan suatu akaun dengan Kumpulan Wang berkenaan dengan majikan itu.
P.U. (A) 347 4
(3)
Setiap majikan yang berdaftar di bawah kaedah ini hendaklah memaklumkan kepada Lembaga mengenai apa-apa perubahan maklumat dalam tempoh empat belas hari dari tarikh perubahan maklumat itu.”.
Penggantian kaedah 11