Malaysia legislation

Section 6

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2025

Seksyen 6

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 11 dengan kaedah yang berikut:

“Pembayaran caruman oleh majikan 11.

(1)

Apa-apa caruman yang kena dibayar oleh majikan di bawah

Akta berkenaan dengan semua pekerjanya hendaklah dikemukakan kepada

Lembaga dalam tempoh yang ditetapkan bersama-sama dengan suatu notis pembayaran sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Lembaga boleh menolak pembayaran caruman di bawah subkaedah (1) jika:

(a)

amaun caruman yang dibayar adalah kurang daripada amaun yang dinyatakan dalam notis pembayaran itu;

(b)

maklumat yang dinyatakan dalam notis pembayaran itu adalah tidak lengkap atau tidak teratur; atau

(c)

Lembaga mendapati terdapat keadaan yang dipertimbangkan wajar atau perlu untuk menolak pembayaran itu.

(3)

Lembaga hendaklah mengkreditkan caruman yang diterima ke dalam akaun pekerja yang berkenaan dan memberikan kepada majikan suatu penyata yang berhubungan dengan pengkreditan caruman itu.

P.U. (A) 347 5

(4)

Jika seseorang majikan mendapati terdapatnya apa-apa kesilapan dalam penyata yang diberikan oleh Lembaga di bawah subkaedah (3), majikan itu hendaklah, dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan penyata itu, memaklumkan Lembaga secara bertulis berhubung dengan kesilapan itu.

(5)

Lembaga tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa kesilapan dalam penyata yang diberikan oleh Lembaga di bawah subkaedah (3)

jika tiada pemakluman dibuat mengikut subkaedah (4).

(6)

Walau apa pun subkaedah (4), jika pemakluman yang berhubungan dengan apa-apa kesilapan dikemukakan selepas tamatnya tempoh yang dinyatakan dalam subkaedah (4), Lembaga boleh membuat penyelarasan terhadap akaun pekerja yang berkenaan sebagaimana yang difikirkannya sesuai.”.

Penggantian kaedah 12

Section 6 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2025