Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2025

Seksyen 7

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 12 dengan kaedah yang berikut:

“Pendaftaran ahli Kumpulan Wang 12.

(1)

Pendaftaran sebagai ahli Kumpulan Wang boleh dibuat oleh—

(a)

seorang pekerja;

(b)

majikan kepada seorang pekerja;

(c)

mana-mana orang yang bukan majikan kepada seorang yang bukan pekerja, sama ada atau tidak mengikut pengertian Akta; atau

(d)

mana-mana orang yang berhasrat untuk menjadi seorang ahli Kumpulan Wang,

P.U. (A) 347 6

dengan mengemukakan kepada Lembaga suatu notis sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Lembaga boleh, tanpa apa-apa permohonan yang dibuat di bawah subkaedah (1), mendaftarkan mana-mana pekerja atau orang sebagai ahli Kumpulan Wang.”.

Penggantian kaedah 13

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2025