Skip to content

Seksyen 8

Penggantian kaedah 13

of Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025

P.U. (A)In forceProvision 8 of 18
Seksyen 8

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 13 dengan kaedah yang berikut:

“Pengesahan pengenalan ahli Kumpulan Wang 13.

(1)

Bagi maksud pendaftaran di bawah subkaedah 12(1), seseorang itu hendaklah—

(a)

mengemukakan dokumen pengenalannya; dan

(b)

menurunkan cap ibu jarinya mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga atau mengemukakan apa-apa bentuk pengenalan diri lain yang difikirkan sesuai oleh Lembaga.

(2)

Bagi maksud pendaftaran di bawah subkaedah 12(2),

Lembaga boleh menerima apa-apa dokumen, maklumat atau apa-apa bentuk pengenalan diri yang difikirkan sesuai oleh Lembaga untuk mengesahkan identiti orang itu.”.