Malaysia legislation

Section 9

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2025

Seksyen 9

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 14 dengan kaedah yang berikut:

P.U. (A) 347 7

“Kewajipan untuk mengemukakan butiran dan dokumen 14.

(1)

Mana-mana pekerja atau orang yang hendak didaftarkan di bawah kaedah 12 hendaklah mengemukakan segala butiran dan dokumen yang dikehendaki bagi maksud melengkapkan pendaftarannya sebagai ahli Kumpulan Wang.

(2)

Mana-mana pekerja atau orang yang—

(a)

gagal mengemukakan apa-apa butiran atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki di bawah subkaedah (1);

(b)

enggan mengemukakan dokumen pengenalannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 13(1)(a);

(c)

enggan meletakkan cap ibu jarinya atau mengemukakan apa-apa bentuk pengenalan diri lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 13(1)(b); atau

(d)

enggan mengemukakan apa-apa dokumen, maklumat atau apa-apa bentuk pengenalan diri, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit.”.

Penggantian kaedah 18

Section 9 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2025