Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) (NO. 2) 2020

Seksyen 2

Kaedah-Kaedah

Kumpulan

Wang

Simpanan

Pekerja 1991

[P.U. (A) 493/1991], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 41—

(a)

dalam subkaedah (1), dengan memasukkan nota birai yang berikut:

“Ahli Kumpulan Wang telah mencapai umur lima puluh tahun atau lima puluh lima tahun.”;

(b)

dalam subkaedah (2), dengan memasukkan nota birai yang berikut:

“Ahli Kumpulan Wang tidak berupaya dari segi fizikal atau mental.”;

(c)

dalam subkaedah (7), dengan memasukkan nota birai yang berikut:

“Ahli Kumpulan Wang bukan warganegara Malaysia dan akan meninggalkan Malaysia.”;

P.U. (A) 243 3

(d)

dalam subkaedah (8), dengan memasukkan nota birai yang berikut:

“Ahli Kumpulan Wang telah membeli atau membina rumah, dsb.”;

(e)

dalam subkaedah (9), dengan memasukkan nota birai yang berikut:

“Ahli Kumpulan Wang telah meninggal dunia.”;

(f)

dalam subkaedah (10A), dengan memasukkan nota birai yang berikut:

“Ahli Kumpulan Wang atau anaknya memerlukan pembiayaan bagi pengajian tinggi.”;

(g)

dalam subkaedah (10F), dengan memasukkan nota birai yang berikut:

“Ahli

Kumpulan

Wang memerlukan pembiayaan bagi kelestarian hidup.”; dan

(h)

dengan memasukkan selepas subkaedah (10F) subkaedah yang berikut:

“Ahli

Kumpulan

Wang atau orang yang diluluskan memerlukan pembiayaan perubatan.

(10G)

Jika notis pengeluaran dibuat di bawah perenggan 54(6)(f) Akta atas alasan bahawa ahli Kumpulan

Wang atau mana-mana orang yang diluluskan memerlukan suatu pembiayaan perubatan, ahli Kumpulan Wang itu hendaklah memberikan suatu notis pengeluaran kepada

Lembaga.

(10H)

Pembiayaan perubatan yang disebut dalam subkaedah (10G) hendaklah pembiayaan bagi suatu rawatan penyakit kritikal atau rawatan kesuburan yang diterima oleh ahli Kumpulan Wang atau orang yang diluluskan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

P.U. (A) 243 4

(10I)

Notis pengeluaran yang dibuat di bawah subkaedah (10G) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan rawatan penyakit kritikal atau rawatan kesuburan yang diterima oleh ahli Kumpulan Wang atau orang yang diluluskan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai keterangan menyokong notis pengeluaran itu.

(10J)

Jika Lembaga berpuas hati dengan notis pengeluaran yang dibuat di bawah subkaedah (10G),

Lembaga boleh membenarkan pengeluaran dan membayar sebahagian atau keseluruhan jumlah yang diperlukan bagi pembiayaan rawatan penyakit kritikal atau rawatan kesuburan itu.

(10K)

Apa-apa pembayaran yang dibuat di bawah subkaedah (10J) tidak boleh melebihi jumlah yang diperlukan bagi rawatan penyakit kritikal atau rawatan kesuburan itu atau amaun dalam Akaun II ahli Kumpulan

Wang itu, mengikut mana-mana yang lebih rendah.

(10L)

Walau apa pun subkaedah (10J), Lembaga tidak boleh membenarkan pengeluaran itu jika—

(a)

ahli

Kumpulan

Wang itu telah menerima suatu pembiayaan perubatan penuh daripada majikannya atau majikan orang yang diluluskan berkenaan dengan rawatan penyakit kritikal atau rawatan kesuburan itu; atau

P.U. (A) 243 5

(b)

orang yang diluluskan itu telah menerima suatu pembiayaan perubatan penuh daripada majikannya atau majikan ahli

Kumpulan

Wang itu berkenaan dengan rawatan penyakit kritikal atau rawatan kesuburan itu.

(10M)

Bagi maksud subkaedah (10G), (10H), (10I)

(10J)

, (10K) dan (10L)—

(a)

“anak”

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subkaedah (10E) Kaedah-Kaedah ini;

(b)

“ibu atau bapa” ertinya ibu sebenar atau bapa sebenar ahli Kumpulan

Wang, ibu tiri atau bapa tiri ahli Kumpulan Wang, atau ibu angkat atau bapa angkat ahli

Kumpulan

Wang yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan di dalam atau di luar Malaysia;

(c)

“orang yang diluluskan” berhubung dengan—

(i)

suatu rawatan penyakit kritikal, ertinya anak,

P.U. (A) 243 6

suami atau isteri, ibu atau bapa, ibu atau bapa mentua atau adik-beradik sebenar, ahli Kumpulan Wang itu; atau

(ii)

suatu rawatan kesuburan, ertinya suami atau isteri ahli

Kumpulan Wang itu; dan

(d)

“suami atau isteri”

ertinya suami atau isteri ahli Kumpulan

Wang yang perkahwinannya didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di dalam atau di luar Malaysia.”.

Dibuat 24 Ogos 2020

[KWSP/JUU/015/24; PN(PU2)498/XV]

TAN SRI AHMAD BADRI BIN MOHD ZAHIR

Pengerusi

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

P.U. (A) 243 7

EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991

EMPLOYEES PROVIDENT FUND (AMENDMENT) (NO. 2) RULES 2020

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) (NO. 2) 2020