Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) (NO. 2) 2021
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [P.U. (A) 493/1991]
dipinda dalam kaedah 41—
(a)
dalam subkaedah (10A)—
(i)
dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan “atau anaknya”
dengan perkataan “, anaknya, suami atau isterinya atau ibu atau bapanya”;
(ii)
dengan menggantikan perkataan “atau bagi anaknya,” dengan perkataan “, anaknya, suami atau isterinya atau ibu atau bapanya,”;
(iii)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “atau anaknya”
dengan perkataan “, anaknya, suami atau isterinya atau ibu atau bapanya”; dan
P.U. (A) 176 3
(iv)
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) anak, suami atau isteri atau ibu atau bapa ahli Kumpulan Wang itu telah mengambil pinjaman bagi pembiayaan bagi pengajian tinggi anak, suami atau isteri atau ibu atau bapa ahli Kumpulan
Wang itu dan pinjaman itu masih belum dibayar.”; dan
(b)
dalam subkaedah (10E)—
(i)
dengan memasukkan selepas takrif “anak” takrif yang berikut:
‘ “ibu atau bapa” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subkaedah (10M) Kaedah-Kaedah ini;’;
(ii)
dengan menggantikan takrif “institusi pengajian” dengan takrif yang berikut:
‘ “institusi pengajian” ertinya suatu institusi yang berdaftar atau ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di dalam atau di luar Malaysia yang menyediakan pengajian tinggi;’;
(iii)
dengan menggantikan takrif “pengajian tinggi” dengan takrif yang berikut:
‘ “pengajian tinggi” ertinya kursus pengajian tinggi di peringkat sijil, peringkat diploma atau yang setaraf dengannya, peringkat ijazah atau yang setaraf dengannya, peringkat ijazah lanjutan atau yang setaraf dengannya, atau kursus profesional atau kemahiran;’; dan
P.U. (A) 176 4
(iv)
dengan memasukkan selepas takrif “pengajian tinggi” takrif yang berikut:
‘ “suami atau isteri” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subkaedah (10M) Kaedah-Kaedah ini.’.
Dibuat 7 April 2021
[KWSP/JUU/015/24; PN(PU2)498/Jld.17]
TAN SRI AHMAD BADRI BIN MOHD ZAHIR
Pengerusi
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
P.U. (A) 176 5
EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991
EMPLOYEES PROVIDENT FUND (AMENDMENT) (NO. 2) RULES 2021