Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) (NO. 2) 2023
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [P.U. (A) 493/1991], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam subkaedah 2(1)—
(a)
dengan memasukkan sebelum takrif “bank yang diluluskan” takrif yang berikut:
‘
“adik-beradik” ertinya adik-beradik sebenar ahli Kumpulan Wang itu;
“anak” ertinya anak ahli Kumpulan Wang itu, anak tiri ahli Kumpulan Wang itu, anak yang diambil sebagai anak angkat oleh ahli Kumpulan Wang itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan dan anak yang dijaga oleh ahli Kumpulan Wang itu di bawah Akta Penjagaan Budak 1961
[Akta 351];’;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif
“bank yang diluluskan”
takrif yang berikut:
P.U. (A) 171 3
‘ “ibu atau bapa” ertinya ibu sebenar atau bapa sebenar ahli Kumpulan Wang itu, ibu tiri atau bapa tiri ahli Kumpulan Wang itu, atau ibu angkat atau bapa angkat ahli Kumpulan Wang itu yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan di dalam atau di luar Malaysia;
“ibu atau bapa mentua” ertinya ibu atau bapa mentua ahli
Kumpulan Wang itu;’; dan
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “sijil keahlian” takrif yang berikut:
‘
“suami atau isteri” ertinya suami atau isteri ahli Kumpulan Wang itu yang perkahwinannya didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di dalam atau di luar Malaysia;’.
Penggantian kaedah 5