Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) (NO. 3) 2020

Seksyen 2

Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [P.U. (A) 493/1991]

dipinda dalam kaedah 41 dengan memasukkan selepas subkaedah (10M)

subkaedah yang berikut:

(10N)

Jika notis pengeluaran dibuat di bawah perenggan 54(6)(l)

Akta atas alasan bahawa ahli

Kumpulan

Wang memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud keberterusan hidup, ahli Kumpulan Wang itu hendaklah memberikan suatu notis pengeluaran kepada Lembaga, mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga, sekiranya—

(a)

tiada caruman di bawah subseksyen 43(1)

Akta dikreditkan ke dalam akaun ahli

Kumpulan

Wang itu dalam tempoh dua bulan berturut-turut sebelum tarikh notis pengeluaran itu diterima oleh

Lembaga; atau

“Ahli Kumpulan

Wang memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud keberterusan hidup.

P.U. (A) 391 3

(b)

caruman di bawah subseksyen 43(1) Akta yang dikreditkan ke dalam akaun ahli

Kumpulan

Wang itu berkurangan sekurang-kurangnya tiga puluh peratus atau lebih dalam mana-mana bulan dalam tahun 2020 atau 2021 sebelum tarikh notis pengeluaran itu diterima oleh

Lembaga.

(10O)

Notis pengeluaran yang disebut dalam subkaedah (10N) hendaklah dikemukakan oleh ahli

Kumpulan Wang itu kepada Lembaga hanya sekali pada bila-bila masa antara 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021 atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Lembaga.

(10P)

Jika

Lembaga berpuas hati dengan notis pengeluaran yang dikemukakan oleh ahli Kumpulan Wang dan ahli Kumpulan Wang itu telah memenuhi syarat yang dinyatakan dalam subkaedah (10N), Lembaga boleh membenarkan ahli Kumpulan Wang itu untuk mengeluarkan suatu amaun yang ada pada kreditnya dalam Akaun I seperti yang berikut:

(a)

jika Akaun I ahli Kumpulan Wang itu mempunyai kredit tidak melebihi satu ratus ribu ringgit pada tarikh notis pengeluaran itu dibenarkan, suatu amaun yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit tertakluk kepada amaun pengeluaran bagi bulan pertama tidak melebihi lima ribu ringgit; atau

P.U. (A) 391 4

(b)

jika Akaun I ahli Kumpulan Wang itu mempunyai kredit melebihi satu ratus ribu ringgit pada tarikh notis pengeluaran itu dibenarkan, suatu amaun yang tidak melebihi sepuluh peratus daripada kredit dalam akaunnya atau enam puluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih rendah, tertakluk kepada amaun pengeluaran bagi bulan pertama tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(10Q)

Bagi maksud perenggan (10P)(a) dan (b)—

(a)

jumlah bilangan pengeluaran Akaun I tidak boleh melebihi enam kali dari tarikh notis pengeluaran itu dibenarkan; dan

(b)

suatu amaun pengeluaran bagi bulan berikutnya tidak boleh kurang daripada satu ribu ringgit kecuali bagi bulan terakhir yang amaunnya tidak boleh kurang daripada lima puluh ringgit.

(10R)

(a)

Jika Lembaga tidak berpuas hati dengan notis pengeluaran yang dikemukakan oleh ahli Kumpulan Wang atau ahli Kumpulan

Wang itu tidak memenuhi syarat yang dinyatakan dalam subkaedah

(10N)

,

Lembaga boleh mengarahkan ahli

Kumpulan Wang itu untuk mengemukakan apa-apa dokumen tambahan untuk menyokong notis pengeluarannya dalam

P.U. (A) 391 5

tempoh yang dinyatakan dalam subkaedah (10O).

(b)

Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh

Lembaga, membenarkan ahli

Kumpulan Wang itu untuk mengeluarkan suatu amaun yang ada pada kreditnya dalam Akaun I dan membayar sebahagian atau keseluruhan jumlah yang diperlukan bagi pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud keberterusan hidup dan keputusan Lembaga adalah muktamad.

(10S)

Ahli Kumpulan Wang itu hendaklah, pada setiap masa dalam tempoh pengeluaran yang disebut dalam perenggan (10Q)(a), mempunyai amaun yang ada pada kreditnya dalam

Akaun

I sekurang-kurangnya satu ratus ringgit.

(10T)

(a)

Ahli Kumpulan Wang itu boleh memohon kepada Lembaga untuk membatalkan notis pengeluaran pada bila-bila masa sebelum 31 Disember 2021.

(b)

Jika notis pengeluaran yang terdahulu telah dibatalkan, ahli Kumpulan Wang itu tidak dibenarkan untuk mengemukakan suatu notis pengeluaran baharu di bawah subkaedah (10N).

P.U. (A) 391 6

Dibuat 29 Disember 2020

[KWSP/JUU/9/1/GUB(U)34; PN(PU2)498/XVI]

TAN SRI AHMAD BADRI BIN MOHD ZAHIR

Pengerusi

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

P.U. (A) 391 7

EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991

EMPLOYEES PROVIDENT FUND (AMENDMENT) (NO. 3) RULES 2020

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) (NO. 3) 2020