Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) (NO. 3) 2021

Seksyen 2

Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [P.U. (A) 493/1991]

dipinda dalam kaedah 41 dengan memasukkan selepas subkaedah (10T) subkaedah yang berikut:

(10U)

Jika notis pengeluaran dibuat di bawah perenggan 54(6)(j) Akta atas alasan bahawa ahli Kumpulan

Wang mengambil suatu polisi insurans atau sijil takaful bagi dirinya sendiri, atau dirinya sendiri dan mana-mana orang yang diluluskan, ahli Kumpulan Wang itu hendaklah memberikan suatu notis pengeluaran kepada Lembaga mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga.

(10V)

Notis pengeluaran yang dibuat di bawah subkaedah (10U) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan polisi insurans atau sijil takaful sebagai keterangan bagi menyokong notis pengeluaran itu.

“Ahli Kumpulan

Wang mengambil polisi insurans atau sijil takaful.

P.U. (A) 300 3

(10W)

Jika Lembaga berpuas hati dengan notis pengeluaran yang dibuat di bawah subkaedah (10U), Lembaga boleh—

(a)

membenarkan pengeluaran daripada Akaun II ahli Kumpulan Wang; dan

(b)

membayar sebahagian atau keseluruhan jumlah yang diperlukan bagi pengambilan polisi insurans atau sijil takaful tertakluk kepada amaun yang ada pada kredit Akaun II ahli Kumpulan Wang.

(10X)

Jumlah yang disebut dalam perenggan (10W)(b)

hendaklah dibayar secara tahunan kepada syarikat insurans atau takaful.

(10Y)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa sebelum habis tempoh polisi insurans atau sijil takaful, berhenti membuat pembayaran bagi jumlah yang disebut dalam perenggan (10W)(b)

jika ahli Kumpulan Wang itu—

(a)

membatalkan notis pengeluaran; atau

(b)

membatalkan polisi insurans atau sijil takaful yang diambil daripada syarikat insurans atau takaful.

(10Z)

Jika ahli Kumpulan Wang itu membatalkan polisi insurans atau sijil takaful yang diambil daripada syarikat insurans atau takaful, syarikat insurans atau takaful itu hendaklah, dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga, membayar balik jumlah yang tidak diperuntukkan bagi maksud

P.U. (A) 300 4

pengambilan polisi insurans atau sijil takaful itu kepada

Lembaga.

(10ZA) Bagi maksud subkaedah (10U) dan subkaedah ini—

(a)

“orang yang diluluskan” ertinya anak atau suami atau isteri ahli Kumpulan Wang itu;

(b)

“anak” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subkaedah

(10E)

Kaedah-Kaedah ini; dan

(c)

“suami atau isteri”

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam perenggan (10M)(d) Kaedah-Kaedah ini.”.

Dibuat 2 Julai 2021

[KWSP/JUU/9/1/GUB(U)33; PN(PU2)498/Jld.17]

TAN SRI AHMAD BADRI BIN MOHD ZAHIR

Pengerusi

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

P.U. (A) 300 5

EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991

EMPLOYEES PROVIDENT FUND (AMENDMENT) (NO. 3) RULES 2021

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) (NO. 3) 2021