Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) (NO. 3) 2025

Seksyen 2

Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [P.U. (A) 493/1991]

dipinda dalam kaedah 41 dengan memasukkan selepas subkaedah (10ZP) subkaedah yang berikut:

“Ahli

Kumpulan

Wang mempunyai kredit melebihi satu juta ringgit.

(10ZQ) Jika notis pengeluaran dibuat di bawah perenggan 54(6)(i) Akta atas alasan bahawa ahli

Kumpulan Wang mempunyai kredit yang melebihi satu juta ringgit dalam akaunnya, ahli Kumpulan Wang itu hendaklah, pada bila-bila masa, mengemukakan notis pengeluaran itu kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(10ZR) Jika Lembaga berpuas hati dengan notis pengeluaran yang dikemukakan oleh ahli Kumpulan Wang itu di bawah subkaedah (10ZQ), Lembaga boleh membenarkan ahli

Kumpulan

Wang itu untuk mengeluarkan suatu amaun yang melebihi apa-apa had kredit sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga pada tarikh notis pengeluaran itu diterima oleh Lembaga.”.

P.U. (A) 444 3

Dibuat 17 Disember 2025

[MOF.SBM(R)600-41/39/91 Jld. 4; PN(PU2)498/JLD.20]

TAN SRI DATO’ SERI MOHD ZUKI BIN ALI

Pengerusi

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

P.U. (A) 444 4

EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991

EMPLOYEES PROVIDENT FUND (AMENDMENT) (NO. 3) RULES 2025

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) (NO. 3) 2025