Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) (NO. 4) 2021
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [P.U. (A) 493/1991]
dipinda dalam kaedah 41 dengan memasukkan selepas subkaedah (10ZA) subkaedah yang berikut:
(10ZB)
Jika notis pengeluaran dibuat di bawah perenggan 54(6)(m) Akta atas alasan bahawa ahli Kumpulan
Wang memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud kelangsungan hidup disebabkan oleh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 [Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), ahli Kumpulan Wang itu hendaklah memberikan suatu notis pengeluaran kepada
Lembaga mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga.
(10ZC)
Notis pengeluaran yang disebut dalam subkaedah (10ZB) hendaklah dikemukakan oleh ahli
Kumpulan
Wang itu kepada
Lembaga pada
“Ahli Kumpulan Wang memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud kelangsungan hidup disebabkan oleh pelaksanaan
Pelan
Pemulihan
Negara di bawah
Akta
Pencegahan dan
Pengawalan
Penyakit
Berjangkit 1988
[Akta 342]
untuk mengawal atau mencegah merebaknya
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).
P.U. (A) 308 3
bila-bila masa antara 15
Julai 2021
hingga 30 September 2021.
(10ZD)
Jika Lembaga berpuas hati dengan notis pengeluaran yang dikemukakan oleh ahli Kumpulan Wang,
Lembaga boleh membenarkan ahli Kumpulan Wang itu untuk mengeluarkan suatu amaun yang tidak melebihi lima ribu ringgit pada tarikh notis pengeluaran itu dibenarkan tertakluk kepada—
(a)
amaun yang ada pada kredit dalam
Akaun II ahli Kumpulan Wang itu digunakan sepenuhnya; dan
(b)
amaun yang ada pada kredit dalam
Akaun I ahli Kumpulan Wang itu digunakan jika terdapat apa-apa kekurangan dalam amaun yang ada pada kredit yang disebut dalam perenggan
(a)
bagi maksud pengeluaran itu.
(10ZE)
Bagi maksud subkaedah (10ZD)—
(a)
jumlah bilangan pengeluaran tidak boleh melebihi lima kali dari tarikh notis pengeluaran itu dibenarkan; dan
(b)
amaun pengeluaran tidak boleh kurang daripada lima puluh ringgit dan tidak melebihi satu ribu ringgit pada setiap kali pengeluaran.
P.U. (A) 308 4
(10ZF)
Ahli
Kumpulan
Wang itu hendaklah, pada setiap masa dalam tempoh jumlah bilangan pengeluaran yang disebut dalam perenggan
(10ZE)(a), mempunyai amaun yang ada pada kreditnya dalam Akaun I sekurang-kurangnya satu ratus ringgit.
(10ZG)
(a)
Ahli
Kumpulan
Wang itu boleh memohon kepada Lembaga untuk membatalkan notis pengeluaran pada bila-bila masa.
(b)
Jika notis pengeluaran yang terdahulu telah dibatalkan, ahli Kumpulan Wang itu tidak dibenarkan untuk mengemukakan suatu notis pengeluaran baharu di bawah subkaedah (10ZB).
(10ZH)
Walau apa pun subkaedah (10ZC) dan (10ZD),
Lembaga mempunyai budi bicara untuk menentukan apa-apa tempoh lain dan apa-apa amaun lain bagi ahli Kumpulan Wang itu untuk menambah pendapatannya bagi maksud kelangsungan hidup disebabkan oleh pelaksanaan
Pelan
Pemulihan
Negara di bawah
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
[Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).”.
P.U. (A) 308 5
Dibuat 12 Julai 2021
[KWSP/JUU/9/1/GUB(U)35; PN(PU2)498/JLD.17]
TAN SRI AHMAD BADRI BIN MOHD ZAHIR
Pengerusi
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
P.U. (A) 308 6
EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991
EMPLOYEES PROVIDENT FUND (AMENDMENT) (NO. 4) RULES 2021