Malaysia legislation

Section 1

of KAEDAH-KAEDAH LALU LINTAS JALAN (LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BARANGAN) 2022

Seksyen 1

(1)

Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas

Jalan (Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan) 2022.

(2)

Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa pada 30 Januari 2022.

Larangan 2.

(1)

Pemanduan mana-mana jenis kenderaan barangan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual di atas mana-mana bahagian mana-mana jalan adalah dilarang pada 30 dan 31 Januari 2022 dan 3 dan 4 Februari 2022 pada masa yang dinyatakan dalam ruang (2).

(2)

Walau apa pun larangan dalam subkaedah (1), Menteri boleh mengecualikan mana-mana jenis kenderaan barangan yang dinyatakan dalam ruang (1)

Jadual daripada larangan itu tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan olehnya.

P.U. (A) 19 3

Section 1 — KAEDAH-KAEDAH LALU LINTAS JALAN (LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BARANGAN) 2022