Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PEREDARAN ANTARABANGSA) (KENDERAAN BARANGAN RENTAS SEMPADAN ASEAN) 2023

Seksyen 3

Tafsiran

“kenderaan barangan Malaysia” ertinya mana-mana kenderaan motor yang dibina atau disesuaikan untuk digunakan bagi membawa barangan rentas sempadan yang didaftarkan di Malaysia;

P.U. (A) 358 5

“kenderaan barangan negara anggota ASEAN” ertinya mana-mana kenderaan motor yang dibina atau disesuaikan untuk digunakan bagi membawa barangan rentas sempadan yang didaftarkan di mana-mana negara anggota ASEAN;

“negara anggota ASEAN” ertinya mana-mana negara yang berikut:

(a)

Brunei Darussalam;

(b)

Kemboja;

(c)

Republik Indonesia;

(d)

Republik Demokratik Rakyat Lao;

(e)

Kesatuan Myanmar;

(f)

Republik Filipina;

(g)

Republik Singapura;

(h)

Thailand; dan

(i)

“pelekat permit” ertinya pelekat permit rentas sempadan kenderaan barangan

ASEAN yang dikeluarkan—

(a)

berkenaan dengan suatu kenderaan barangan Malaysia di bawah kaedah 5; atau

(b)

berkenaan dengan suatu kenderaan barangan negara anggota

ASEAN di bawah undang-undang bertulis negara anggota ASEAN itu;

"pergerakan rentas sempadan"

ertinya pergerakan dari

Malaysia ke mana-mana negara anggota ASEAN dan sebaliknya dan dari mana-mana negara anggota ASEAN ke mana-mana negara anggota ASEAN yang lain melalui Malaysia;

“permit” ertinya permit rentas sempadan kenderaan barangan ASEAN yang dikeluarkan menurut Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Barangan dalam Transit dan Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Pengangkutan

Antara Negara—

P.U. (A) 358 6

(a)

berkenaan dengan suatu kenderaan barangan Malaysia di bawah kaedah 5; atau

(b)

berkenaan dengan suatu kenderaan barangan negara anggota

ASEAN di bawah undang-undang bertulis negara anggota ASEAN itu;

“pintu masuk atau keluar” ertinya pintu masuk atau keluar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.