Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH PERUSAHAAN (PEREKODAN DIGITAL BAGI PROSIDING) 2015

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“digital”, berhubung dengan perekodan prosiding, ertinya perekodan yang menggunakan apa-apa kelengkapan, perisian tersuai, dan teknologi automatik untuk pengecaman pertuturan, di dalam bilik perbicaraan yang dikendalikan secara digital dan elektronik;

“media penyimpanan utama” ertinya pusat data di mana rekod digital bagi apa-apa prosiding disimpan;

“prosiding”

termasuk apa-apa perbicaraan atau mana-mana bahagian perbicaraan itu, permohonan, keputusan, perintah, penghujahan atau apa-apa perkara lain yang dilakukan atau dinyatakan oleh atau di hadapan Mahkamah;

“rekod digital” ertinya suatu rekod digital dan elektronik bagi apa-apa prosiding yang dihasilkan oleh rakaman video dan rakaman audio di dalam bilik perbicaraan.

P.U. (A) 85 3

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH PERUSAHAAN (PEREKODAN DIGITAL BAGI PROSIDING) 2015