Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH PERUSAHAAN (PEREKODAN DIGITAL BAGI PROSIDING) 2015
Seksyen 4
Transkrip bagi rekod digital
(1)
Mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding boleh memohon kepada
Mahkamah untuk mendapatkan transkrip bagi mana-mana rekod digital.
(2)
Permohonan di bawah subkaedah (1) hendaklah dibuat dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Mahkamah.
(3)
Apabila permohonan di bawah subkaedah (1) diterima, Yang Dipertua atau Pengerusi hendaklah menyebabkan transkrip bagi rekod digital itu disediakan.
(4)
Transkrip hendaklah dibuat dalam bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris.
(5)
Transkrip hendaklah diluluskan dan diperakukan oleh Yang Dipertua, atau Pengerusi, yang bertanggungjawab bagi ketepatan perekodan prosiding itu.
(6)
Jika ketepatan transkrip itu dipertikaikan oleh mana-mana pihak dalam prosiding itu, rekod digital yang disimpan di dalam media penyimpanan utama hendaklah menjadi rekod digital yang sah.
Jagaan selamat bagi rekod digital dan transkrip