Malaysia legislation
Section 5
of KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH PERUSAHAAN (PEREKODAN DIGITAL BAGI PROSIDING) 2015
Seksyen 5
(1)
Yang Dipertua atau Pengerusi hendaklah menyebabkan apa-apa rekod digital, atau transkrip bagi apa-apa rekod digital yang diluluskan dan diperakukan di bawah subkaedah 4(5), disimpan dalam jagaan selamat.
P.U. (A) 85 4
(2)
Rekod digital dan transkrip tidak boleh dipadamkan, dimusnahkan atau selainnya dilupuskan—
(a)
dalam tempoh yang dibenarkan untuk membuat apa-apa permohonan bagi rujukan di bawah seksyen 33A
Akta atau semakan kehakiman di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
[P.U. (A) 205/2012], atau apa-apa rayuan berhubung dengan rujukan atau semakan kehakiman itu; dan
(b)
jika rujukan, semakan kehakiman, atau rayuan berhubung dengan rujukan atau semakan kehakiman yang disebut dalam perenggan (a)
dibuat, sehingga rujukan, semakan kehakiman atau rayuan itu akhirnya diputuskan atau selainnya dihentikan.
(3)
Apabila subkaedah (2) dipatuhi, peruntukan Akta Arkib Negara 2003
[Akta 629] hendaklah terpakai bagi pemusnahan dan pelupusan rekod digital dan transkrip itu.
Transkrip menjadi sebahagian daripada rekod, dsb.