Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Aturan 71 Kaedah-Kaedah ibu dipinda―
(a)
dalam kaedah 2, dengan memasukkan selepas takrif “Pejabat Pendaftaran
Utama” takrif yang berikut:
‘ “pemberian” ertinya suatu pemberian probet atau pemberian surat kuasa mentadbir, sebagaimana yang dikehendaki mengikut konteks;’;
(b)
dalam kaedah 45, dengan menggantikan perkataan “saman pemula”
dengan perkataan “notis permohonan”; dan
(c)
dengan menggantikan kaedah 50(4) dengan perenggan yang berikut:
“
(4)
Dalam apa-apa hal yang suatu petisyen di bawah peruntukan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dirujuk ke
Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen 8(7), Pendaftar yang kepadanya petisyen itu dirujukkan hendaklah menyifatkan petisyen itu sebagai saman pemula supaya mematuhi peruntukan Kaedah-Kaedah ini dan boleh menghendaki pembayaran fi yang sepatutnya kena dibayar sekiranya petisyen itu difailkan sebagai saman pemula dalam Mahkamah
Tinggi, tetapi dalam apa-apa keadaan petisyen itu hendaklah diteruskan seolah-olah ia pada asalnya telah difailkan sebagai saman pemula dalam
Mahkamah Tinggi.”.
P.U. (A) 232 6
Pindaan Aturan 85