Malaysia legislation

Section 18

of KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH (PINDAAN) 2018

Seksyen 18

(1)

Mana-mana orang miskin, sebelum memulakan atau membela apa-apa tindakan atau membawa apa-apa prosiding lain di dalam Mahkamah menurut haknya sendiri, atau menjadi miskin semasa berlangsungnya tindakan atau prosiding itu, boleh memohon kepada Mahkamah atau Hakim melalui saman pemula untuk mendapatkan kebenaran membawa guaman, membela atau meneruskan tindakan sebagai seorang orang papa.

P.U. (A) 24 3

(2)

Permohonan itu hendaklah menyatakan dengan sepenuhnya semua fakta material kes itu dan hendaklah menyatakan bahawa pemohon itu tidak mempunyai harta (tidak termasuk pakaian dan hal perkara prosiding itu)

yang bernilai melebihi satu ribu ringgit, dan hendaklah ditentusahkan oleh pemohon atas sumpah.

(3)

Hakim hendaklah menjalankan apa-apa siasatan yang difikirkannya wajar tentang mata pencarian pemohon dan boleh menghendakinya hadir untuk menjawab soalan atas sumpah atau ikrar.

(4)

Suatu salinan permohonan itu hendaklah disampaikan kepada pihak lain dalam tindakan atau prosiding itu, atau kepada bakal pihak lawan dalam tindakan atau prosiding yang dirancangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan dia hendaklah berhak didengar mengenainya.

(5)

Jika berpuas hati bahawa mata pencarian pemohon adalah seperti yang dikatakan dalam permohonan itu, Mahkamah atau Hakim boleh merujukkan permohonan itu kepada seorang peguam yang hendaklah membuat suatu laporan bertulis, yang dialamatkan kepada Hakim, menyatakan sama ada pada pendapatnya pemohon mempunyai kausa tindakan yang baik atau pembelaan yang baik, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6)

Setelah menerima laporan itu, Mahkamah atau Hakim boleh membenarkan pemohon (kemudian daripada ini disebut "orang papa")

membawa guaman atau membela, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai seorang orang papa dan selepas itu hendaklah melantik seorang peguam

(selepas ini disebut "peguam orang papa") untuk mewakili orang papa itu.

(7)

Peguam orang papa tidak boleh menolak untuk bertindak melainkan dia memuaskan hati Mahkamah atau Hakim bahawa dia mempunyai sebab yang baik untuk menolaknya.

P.U. (A) 24 4

Tiada fi Mahkamah boleh dikenakan (A.15, k. 19)

Section 18 — KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH (PINDAAN) 2018