Malaysia legislation

Section 19

of KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH (PINDAAN) 2018

Seksyen 19

(1)

Tiada fi Mahkamah boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa permohonan di bawah kaedah 18, dan juga, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selepas ini, seorang orang papa tidak boleh dikenakan apa-apa fi

Mahkamah.

(2)

Apabila kos telah diawardkan supaya dibayar kepada orang papa, fi Mahkamah yang tetap kena dibayar olehnya jika dia bukan seorang orang papa hendaklah menjadi gadaian pertama atas apa-apa jumlah wang yang didapatinya dalam tindakan itu.

(3)

Apabila apa-apa jumlah wang telah didapatkan kembali olehnya dan tidak digunakan untuk membayar apa-apa fi Mahkamah seperti yang disebut terdahulu, Hakim boleh menolak untuk membenarkan apa-apa prosiding selanjutnya diambil bagi pihak orang papa dalam tindakan itu sehingga jumlah wang yang didapatkan kembali telah digunakan untuk membayar fi itu.

Peguam orang papa tidak boleh mengambil fi (A.15, k. 20)

Section 19 — KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH (PINDAAN) 2018