Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(1)
Tertakluk kepada peruntukan kaedah 23 dan 24 Aturan ini, peguam orang papa tidaklah boleh mengambil atau bersetuju mengambil atau berusaha untuk mendapatkan daripada orang papa itu apa-apa fi, keuntungan atau hadiah kerana perjalanan prosiding dalam kausa atau perkara itu.
(2)
Jika ternyata kepada Mahkamah atau Hakim bahawa mana-mana orang papa telah memberikan atau bersetuju untuk memberikan apa-apa fi, keuntungan atau hadiah, dia hendaklah dengan serta-merta hilang hak sebagai seorang orang papa dan tidak boleh selepas itu dibenarkan membawa guaman atau membela sebagai seorang orang papa dalam kausa atau perkara yang sama.
P.U. (A) 24 5
Kebenaran Mahkamah atau Hakim memberhentikan, menyelesaikan atau berkompromikan prosiding (A.15, k. 21)