Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(1)
Tiada seorang pun orang papa dan tiada seorang pun peguam orang papa dalam mana-mana prosiding boleh memberhentikan, menyelesaikan atau berkompromi dalam prosiding itu tanpa kebenaran Mahkamah atau Hakim.
(2)
Tiada seorang pun orang papa boleh melepaskan peguamnya tanpa kebenaran Mahkamah atau Hakim.
(3)
Tiada seorang pun peguam orang papa boleh dengan bebas memberhentikan khidmatnya melainkan jika dia memuaskan hati Mahkamah atau Hakim bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk memberhentikan khidmatnya yang sedemikian itu.
Saman pemula hendaklah ditandatangani oleh peguam (A.15, k. 22)