Malaysia legislation

Section 23

of KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH (PINDAAN) 2018

Seksyen 23

Kos (A.15, k. 23)

(1)

Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah atau

Hakim, tiada seorang pun orang papa boleh bertanggungan membayar kos kepada mana-mana pihak yang lain, atau berhak menerima daripada mana-mana pihak yang lain, apa-apa kos untung atau caj, dan jika kos diperintahkan supaya dibayar kepada seorang orang papa kos itu hendaklah ditetapkan, dan atas penetapan itu Hakim boleh membenarkan apa-apa perbelanjaan hangus (tetapi bukannya perbelanjaan pejabat) yang dilakukan dengan sepatutnya semasa berlangsungnya prosiding.

(2)

Jika ternyata kepada Mahkamah atau Hakim bahawa hal keadaan khas kes itu menghendakinya, Mahkamah atau Hakim boleh memerintahkan bahawa kos itu hendaklah termasuk kos untung dan caj, tetapi bukannya fi kepada peguam.

P.U. (A) 24 6

Fi peguam daripada apa-apa wang yang diterima oleh orang papa

(A.15, k. 24)

Section 23 — KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH (PINDAAN) 2018