Malaysia legislation

Section 24

of KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH (PINDAAN) 2018

Seksyen 24

Mahkamah atau Hakim boleh memerintahkan pembayaran kepada peguam orang papa, daripada apa-apa wang yang diterima oleh orang papa dalam kausa itu, atau boleh mengenakan caj bagi faedah peguam orang papa mana-mana harta yang didapatkan kembali oleh orang papa, sekian banyak atau sebanyak jumlah sedemikian berkenaan dengan kos itu (tidak termasuk fi bagi peguam) yang akan dibenar diberikan kepada peguam orang papa selepas penetapan antara dirinya dengan kliennya sekiranya dia telah dikekalkan oleh kliennya mengikut cara biasa (dengan ditolak apa-apa amaun yang boleh didapatkan kembali daripada mana-mana pihak lain) atau apa-apa jumlah wang lain berkenaan dengan kos yang difikirkan patut oleh Mahkamah atau Hakim, dengan syarat bahawa jumlah amaun yang hendak dibayar sedemikian untuk kos untung, atau dikenakan caj sedemikian ke atas harta itu untuk kos untung, tidaklah boleh dalam salah satu kes itu melebihi satu perempat daripada amaun atau nilai yang didapatkan kembali dan berbaki selepas ditolak semua pembelanjaan yang wajar yang telah dibuat oleh peguam orang papa.

Section 24 — KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH (PINDAAN) 2018