Seksyen 25
Rayuan sebagai seorang orang papa (A.15, k. 25)
of Kaedah-Kaedah Mahkamah (Pindaan) 2018
Kaedah-kaedah terdahulu daripada ini yang berhubungan dengan orang papa hendaklah terpakai bagi orang yang, tidak membawa guaman atau membela sebagai seorang orang papa dalam Mahkamah mula-mula sekali, berhasrat hendak merayu sebagai seorang orang papa kepada Mahkamah yang dirayu itu, dan kepada orang papa yang menjadi responden dalam mana-mana rayuan, tetapi tiada seorang pun yang telah dibenarkan membawa guaman atau membela sebagai seorang orang papa dalam mana-mana prosiding boleh dibenarkan merayu sebagai seorang orang papa kepada Mahkamah yang dirayu itu tanpa kebenaran Mahkamah yang dirayu itu, dan dalam hal dia dibenarkan sedemikian, dia tidaklah dikehendaki memberikan jaminan bagi kos rayuan itu.