Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Aturan 70, kaedah 10 Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (1) perenggan yang berikut:
"(1A) Walau apa pun perenggan (1) di atas, Mahkamah atau Pendaftar boleh, dalam hal keadaan istimewa, mengarahkan bahawa penyampaian writ dalam tindakan in rem atau waran penahanan dilaksanakan dengan melekatkan writ atau waran itu di sebelah luar mana-mana bahagian yang sesuai pada badan atau rangka binaan kapal dan diikuti dengan sebaik selepas itu dengan suatu salinannya secara komunikasi elektronik oleh atau bagi pihak Syerif sebagai notis kepada pemunya dan/atau pencarter demis kapal, nakhoda kapal atau pengurus atau ejen tempatan, dan jabatan marin yang berkenaan, melalui e-mel atau cara lain.".