Malaysia legislation

Section 11

of KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH (PINDAAN) 2025

Seksyen 11

Borang No. 72 Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan kelima perenggan yang berikut:

“Dan saya selanjutnya meminta dalam hal keadaan yang memerlukan, sebagai cara lain untuk menjalankan pemeriksaan selain pemeriksaan secara viva voce, kamu membenarkan pemeriksaan dijalankan melalui teknologi komunikasi jarak jauh pada masa dan tempat yang ditentukan bersama dan dengan kemudahan pentadbiran dan teknikal yang mencukupi dan perkiraan dibuat di tempat di mana pemeriksaan akan dijalankan. Pemeriksaan ini hendaklah direkodkan dan kamu hendaklah selanjutnya menentusahkan pemeriksaan itu dengan meterai tribunal kamu bersama dengan suatu catatan mengenai bayaran dan perbelanjaan yang kena dibayar berkenaan dengan pelaksanaan permintaan ini melalui Konsul Malaysia (atau Britain) yang daripadanya ia diterima (atau Menteri Luar Negeri) untuk dihantarkan kepada

Mahkamah Malaya/Sabah dan Sarawak) di …………………………………”.

P.U. (A) 265 25

Section 11 — KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH (PINDAAN) 2025