Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Aturan 71 kaedah-kaedah ibu dipinda―
(a)
dengan menggantikan perkataan “Pemungut” di mana-mana terdapat dengan perkataan “Pentadbir Tanah”;
(b)
dalam kaedah 2―
(i)
dengan menggantikan takrifan “Pemungut” dengan takrifan yang berikut:
‘ “Pentadbir Tanah” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya sebagaimana dalam
Akta
Harta
Pesaka
Kecil
(Pembahagian) 1955 [Akta 98];’; dan
P.U. (A) 286 5
(ii)
dengan memasukkan selepas takrifan
“Pendaftar
Pejabat
Pendaftaran Utama” takrifan yang berikut:
‘ “Pejabat Pendaftaran” ertinya Pejabat Pendaftaran Mahkamah
Tinggi;’;
(c)
dalam kaedah 4(2), dengan menggantikan perkataan “dalam saman pemula” dengan perkataan “afidavit sokongan saman pemula itu”;
(d)
dalam kaedah 5―
(i)
dalam perenggan (2), dengan memasukkan selepas perkataan
“mentadbir” perkataan “afidavit sokongan”;
(ii)
dalam perenggan (3), dengan memasukkan selepas perkataan
“Malaysia,” perkataan “afidavit sokongan”;
(iii)
dalam perenggan (4), dengan memasukkan selepas perkataan
“Sekiranya” perkataan “afidavit sokongan”;
(iv)
dalam perenggan (5), dengan memasukkan selepas perkataan
“Dalam tiap-tiap” perkataan “afidavit sokongan”; dan
(v)
dalam perenggan (6), dengan menggantikan perkataan “dalam saman pemula” perkataan “dalam afidavit sokongan saman pemula itu”;
(e)
dalam kaedah 6, dengan memasukkan selepas perkataan “menyatakan dalam” perkataan “afidavit sokongan”;
(f)
dengan menggantikan kaedah 7(1) dengan kaedah yang berikut:
“(1)
Tiap-tiap wasiat yang berkenaan dengannya suatu permohonan untuk mendapatkan pemberian dibuat hendaklah dikemukakan kepada
P.U. (A) 286 6
Pendaftar pada tarikh pendengaran dan salinan benar terperaku wasiat itu hendaklah dilampirkan kepada afidavit sokongan saman pemula itu.”;
(g)
dalam proviso yang pertama kepada kaedah 26―
(i)
dengan menggantikan perkataan “memfailkan” dengan perkataan
“melampirkan”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan
“saman pemula”
dengan perkataan “afidavit sokongan saman pemula itu”;
(h)
dalam kaedah 27(5), dengan menggantikan perkataan “dua puluh satu tahun” dengan perkataan “dewasa”;
(i)
dalam kaedah 30―
(i)
dalam perenggan (1)―
(A)
dengan menggantikan perkataan “memfailkan” dengan perkataan “melampirkan”; dan
(B)
dengan memasukkan selepas perkataan “dalam” perkataan
“afidavit sokongan”;
(ii)
dalam proviso kepada perenggan (1), dengan menggantikan perkataan “difailkan” dengan perkataan “dilampirkan”;
(iii)
dalam perenggan (2), dengan menggantikan perkataan “difailkan bersama dengan” dengan perkataan “dilampirkan kepada afidavit sokongan”; dan
(iv)
dalam perenggan (3), dengan menggantikan perkataan “difailkan bersama dengan saman pemula bagi pemberian itu, dan saman
P.U. (A) 286 7
pemula itu” dengan perkataan “dilampirkan kepada afidavit sokongan saman pemula bagi pemberian itu, dan afidavit sokongan saman pemula itu”;
(j)
dalam kaedah 34(3)―
(i)
dalam subperenggan (b) dalam teks bahasa Inggeris, dengan memotong perkataan “or”;
(ii)
dengan menggantikan subperenggan (c) dengan subperenggan yang berikut:
“(c)
jika nilai kasar harta pusaka si mati tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; atau”; dan
(iii)
dengan memasukkan selepas subperenggan (c) subperenggan yang berikut:
“(d)
jika si mati tidak meninggalkan harta pusaka.”
(k)
dalam kaedah 37―
(i)
dalam perenggan (3) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “which” dengan perkataan “who”;
(ii)
dalam perenggan (8) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “which shall” dengan perkataan “who shall”; dan
(iii)
dalam perenggan (11) dan (12), dengan menggantikan perkataan
“saman” dengan perkataan “notis permohonan”;
(l)
dalam kaedah 46 dengan menggantikan perkataan “notis permohonan”
dengan perkataan “saman pemula; dan
P.U. (A) 286 8
(m)
dalam kaedah 50(1)(a)dengan memasukkan selepas perkataan
“sekiranya” perkataan “afidavit sokongan”.
Pindaan Aturan 74