Malaysia legislation

Section 28A

of KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RAYUAN (PINDAAN) 2018

Seksyen 28A

(2)

Afidavit menyokong sesuatu permohonan meminta kebenaran untuk merayu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:

(i)

mahkamah yang di dalamnya guaman atau prosiding itu bermula;

(ii)

perihalan ringkas tindakan itu atau prosiding lain;

(iii)

tarikh dan perihalan ringkas perintah yang dibuat oleh mahkamah yang mula-mula itu;

(iv)

jika prosiding itu bermula daripada mahkamah rendah, maka tarikh dan

P.U. (A) 26 5

perihalan ringkas perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi; dan

(v)

pernyataan ringkas alasan-alasan yang berasaskannya pemohon meminta kebenaran untuk merayu.

(3)

Tanpa menjejaskan subkaedah (2), afidavit menyokong sesuatu permohonan meminta kebenaran untuk merayu boleh mengandungi apa-apa perkara lain yang perlu dan berkaitan dengan permohonan itu.

(4)

Jika kebenaran untuk merayu diberikan perayu hendaklah memfailkan—

(a)

notis rayuan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh kebenaran untuk merayu diberikan; dan

(b)

memorandum dan salinan dokumen yang dinyatakan dalam subkaedah 18(4), di Pejabat Pendaftaran dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh kebenaran untuk merayu diberikan atau dalam apa-apa masa lanjutan yang mahkamah benarkan.

(5)

Jika kebenaran untuk merayu diberikan mahkamah boleh—

P.U. (A) 26 6

(a)

memberikan responden kebenaran untuk memfailkan rayuan balas pada bila-bila masa selepas kemasukan rayuan tetapi tidak lewat daripada sepuluh hari selepas penyampaian rekod rayuan kepadanya;

(b)

menentukan persoalan atau isu yang akan didengar dalam rayuan itu; dan

(c)

memberikan apa-apa arahan dalam perkara sebagaimana dikehendaki demi keadilan kes .”.

Kaedah baharu 28B

Section 28A — KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RAYUAN (PINDAAN) 2018