Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(2)
Permohonan itu hendaklah disokong dengan afidavit. Afidavit tersebut hendaklah menyatakan dengan sepenuhnya semua fakta material kes itu dan hendaklah menyatakan bahawa pemohon itu tidak mempunyai harta tidak termasuk pakaian dan hal perkara prosiding itu, yang bernilai melebihi satu ribu ringgit, dan hendaklah ditentusahkan dengan mengangkat sumpah atau ikrar oleh pemohon.
(3)
Pendaftar hendaklah menjalankan apa-apa siasatan yang difikirkan wajar olehnya tentang mata pencarian pemohon dan boleh menghendakinya hadir untuk menjawab soalan atas sumpah atau ikrar.
(4)
Suatu salinan permohonan itu hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap pihak lain dalam rayuan itu atau pihak yang dicadangkan dalam rayuan itu.
(5)
Apabila didengar permohonan itu dan selepas menimbangkan laporan Pendaftar mengenai siasatan yang dijalankan olehnya di bawah subkaedah (3)
P.U. (A) 26 8
Mahkamah boleh membenarkan pemohon meneruskan tindakan sebagai seorang orang papa dan hendaklah dengan itu melantik seorang peguam cara untuk mewakili orang papa itu.
(6)
Seseorang peguam cara yang dilantik di bawah subkaedah (5) tidak boleh menolak untuk bertindak mewakili orang papa itu melainkan jika dia memuaskan hati Mahkamah atau Hakim bahawa dia mempunyai sebab yang baik untuk menolaknya.”.
Pindaan kaedah 36 10.
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dalam kaedah 36 dengan menggantikan perkataan
“, saman atau petisyen” dengan perkataan “atau apa-apa permohonan”.