Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pindaan kaedah 17
dengan subkaedah yang berikut:
“(1) Notis rayuan boleh diberikan dengan memfailkan dalam masa yang dihadkan untuk membuat rayuan itu empat salinan notis rayuan dalam Pejabat
Pendaftaran Mahkamah Tinggi di tempat yang penghakiman, perintah atau keputusan yang diadukan itu telah dibuat atau diberikan dengan membayar fi yang ditetapkan.
P.U. (A) 26 3
Mahkamah boleh atas permohonan oleh responden, dalam mana-mana hal yang difikirkan patut olehnya, memerintahkan supaya jaminan kos diberikan, dan boleh memerintahkan supaya jaminan diberikan bagi pembayaran kos yang lalu yang berhubungan dengan perkara yang berkenaan dalam rayuan itu:
Dengan syarat bahawa tiada perintah bagi pembayaran jaminan kos boleh dibuat jika rayuan itu dibuat oleh Kerajaan Malaysia atau mana-mana
Kerajaan Negeri.”.