Skip to content

Seksyen 5

Kaedah 18 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—

of Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan (Pindaan) 2018

P.U. (A)In forceProvision 5 of 19
Seksyen 5

(a)

dalam perenggan (4)(e), dengan memotong perkataan “, dengan syarat bahawa jika Mahkamah mengarahkan sedemikian, ketiadaan penghakiman bertulis, alasan keputusan atau nota yang dipersetujui tidak boleh menghalang perayu daripada meneruskan rayuannya”;

(b)

dengan menggantikan subkaedah (7) dengan subkaedah yang berikut:

“(7) Memorandum dan salinan yang disebut dalam subkaedah (4), yang kedua-duanya sekali hendaklah dipanggil rekod rayuan, hendaklah difailkan dalam Pejabat Pendaftaran dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh keputusan yang dirayukan itu diberikan.”;

(c)

dalam subkaedah (7A), dengan menggantikan perkataan “lapan minggu selepas kemasukan rayuan” dengan perkataan “masa sembilan puluh hari dari tarikh keputusan yang dirayukan itu diberikan”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subkaedah (7A) subkaedah yang berikut:

“(7B)

Walau apa pun subkaedah (7) dan (7A), sekiranya mana-mana salinan dokumen yang dinyatakan dalam perenggan (4)(b) atau (e) tidak

P.U. (A) 26 4

boleh didapati selepas sembilan puluh hari dari tarikh keputusan yang dirayukan itu diberikan, mahkamah boleh membenarkan perayu untuk meneruskan rayuannya.”.