Malaysia legislation

Section 13

of KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RAYUAN (PINDAAN) 2026

Seksyen 13

Kaedah 69 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subkaedah (1) dengan subkaedah yang berikut:

P.U. (A) 134 7

“(1)

Semua permohonan kepada Mahkamah dalam rayuan belum selesai hendaklah dibuat dengan memfailkan Notis Usul dan tiap-tiap afidavit yang dicadangkan untuk digunakan bagi menyokong permohonan itu. Salinan dokumen yang mencukupi hendaklah difailkan di

Pejabat

Pendaftaran dengan suatu salinan dikemukakan ke Mahkamah Tinggi di tempat yang penghakiman, perintah atau keputusan yang diadukan itu telah diberikan atau dibuat.

Salinan permohonan dan afidavit itu hendaklah dihantar kepada semua pihak yang perlu pada masa yang sama.”; dan

(b)

dalam subkaedah (2), dengan memotong perkataan “dan Pendaftar

Mahkamah Tinggi”.

Pindaan kaedah 72

Section 13 — KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RAYUAN (PINDAAN) 2026