Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RAYUAN (PINDAAN) 2026

Seksyen 2

Pindaan kaedah 9

(a)

dengan memotong subkaedah (2);

(b)

dengan menggantikan subkaedah (3) dengan subkaedah yang berikut:

“(3) Jika semua pihak dalam rayuan itu bersetuju dengan penarikan balik rayuan yang dicadangkan itu, perayu boleh memfailkan dokumen yang menyatakan persetujuan itu dan yang ditandatangani oleh pihak-pihak atau oleh peguamcaranya di Pejabat Pendaftaran dan pada masa yang sama satu salinan notis di bawah subkaedah (1)

hendaklah dihantar oleh perayu kepada Pejabat Pendaftaran

Mahkamah Tinggi. Rayuan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan hendaklah dipotong daripada senarai rayuan oleh Pendaftar dan apa-apa jumlah wang yang diserahsimpan dalam Mahkamah sebagai jaminan kos rayuan itu hendaklah dibayar kepada perayu.”;

P.U. (A) 134 3

(c)

dengan memasukkan selepas subkaedah (3) subkaedah yang berikut:

“(3A) Sekiranya responden tidak diwakili secara sah dan tidak dapat dikesan yang menyebabkan notis di bawah subkaedah (1)

tidak ditandatangani, rayuan itu hendaklah ditarik balik di hadapan

Mahkamah dengan dikemukakan bukti penyampaian notis itu.”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subkaedah (4) subkaedah yang berikut:

“(5)

Pendaftar hendaklah memberitahu Pejabat Pendaftaran

Mahkamah Tinggi mengenai penarikan balik notis itu.”.

Pindaan kaedah 17

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RAYUAN (PINDAAN) 2026