Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RAYUAN (PINDAAN) 2026

Seksyen 7

Pindaan kaedah 28

(a)

dengan menggantikan subkaedah (3) dengan subkaedah yang berikut:

“(3)

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan memfailkan satu salinan notis usul dan tiap-tiap afidavit yang dicadangkan untuk digunakan bagi menyokongnya. Suatu salinan dokumen itu hendaklah difailkan di Pejabat Pendaftaran dan disampaikan kepada

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di tempat yang penghakiman, perintah atau keputusan yang diadukan itu telah diberikan atau dibuat.

Salinan permohonan dan afidavit itu hendaklah disampaikan kepada semua pihak yang perlu pada masa yang sama. Pendaftar hendaklah mengikut suatu prosedur yang setakat yang boleh seumpama prosedur yang berhubungan dengan kemasukan rayuan. Apabila maklumat mengenai nombor permohonan dan dalam hal yang termasuk dalam subkaedah (4) maklumat mengenai tempat dan tarikh pendengaran diterima daripada Pendaftar, peguamcara pemohon itu hendaklah

P.U. (A) 134 5

dengan segera memberitahu responden dalam permohonan itu atau peguamcaranya.”; dan

(b)

dengan menggantikan subkaedah (4) dengan subkaedah yang berikut:

“(4)

Pada masa pemfailan apa-apa permohonan, peguamcara perayu boleh, dalam hal yang mustahak disegerakan, memohon secara bertulis kepada Presiden Mahkamah Rayuan, dengan memfailkan

Sijil Perakuan Segera dengan fi yang ditetapkan, yang, jika dia berpuas hati bahawa ia adalah suatu kes wajar yang permohonan pendengarannya mustahak disegerakan, boleh memerintahkan permohonan itu didengar pada suatu masa yang sesuai bagi

Mahkamah tetapi boleh menghendaki pemohon memberikan jaminan bagi kos responden daripada permohonan itu.”.

Pindaan kaedah 58

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RAYUAN (PINDAAN) 2026