Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"diberi kuasa" ertinya diberi kuasa oleh Pegawai Pelabuhan mengikut seksyen 488 Ordinan;
"barangan berbahaya" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 289(3) Ordinan;
"bahan berbahaya" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 306C Ordinan;
"kemalangan maritim" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 306I(3) Ordinan;
P.U. (A) 256 5
“Pelabuhan” ertinya Pelabuhan Muar yang had pelabuhan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Pemberitahuan Undang-Undang No. 73 tahun 1953
[L.N. 73/1953];
"Pekeliling Pelabuhan" ertinya apa-apa pekeliling yang dikeluarkan oleh
Pegawai Pelabuhan;
“Kawalan Pelabuhan” ertinya pusat komunikasi yang dikendalikan oleh orang yang diberi kuasa oleh Pegawai Pelabuhan;
“operasi kapal ke kapal” ertinya apa-apa aktiviti yang tidak berkaitan dengan terminal atau kemudahan terminal yang melibatkan pemindahan barang atau orang dari satu kapal ke kapal yang lain di titik kapal ke kapal sebagaimana yang dinyatakan dalam