Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2019

Seksyen 4

(1)

Setelah penyiasatan dijalankan dan didapati bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun disebut dalam subkaedah 2(1) telah dilakukan, Pendaftar Besar atau Penguasa Pendaftar boleh mengeluarkan suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam Borang 2 Jadual Kedua kepada orang yang melakukan kesalahan itu.

P.U. (A) 79 3

(2)

Tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan di bawah subkaedah (1)

adalah sah bagi tempoh empat belas hari, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat dalam tempoh empat belas hari itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang disebut dalam subkaedah (1).

(3)

Jika tiada pembayaran bagi kompaun yang telah ditawarkan itu dibuat dalam tempoh yang dinyatakan dalam subkaedah (2), pendakwaan boleh dimulakan terhadap orang yang disebut dalam subkaedah (1) tanpa notis selanjutnya.

Pembayaran kompaun

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2019