Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (KESALAHAN YANG DIRAKAM MELALUI KAMERA) (PINDAAN) 2025
Seksyen 4
“Sistem pengesan
(1)
Sistem pengesan yang digunakan bagi maksud kesalahan yang dirakamkan melalui kamera berhubung dengan—
(a)
penggunaan suatu kamera statik hendaklah terdiri daripada semua atau mana-mana kelengkapan yang berikut:
(i)
gelung induktif;
(ii)
jaluran piezo;
(iii)
radar;
(iv)
laser;
(v)
inframerah;
(vi)
kilauan kamera;
(vii)
sensor untuk menimbang berat dengan muatan suatu kenderaan motor dan untuk merekodkan kehadiran suatu kenderaan motor; dan
(viii)
sistem pengecaman plat nombor automatik yang terdiri daripada sistem pemprosesan maklumat dan penggunaan kamera statik.
P.U. (A) 222 4
(b)
penggunaan suatu kamera mudah alih hendaklah terdiri daripada semua atau mana-mana kelengkapan yang berikut:
(i)
radar;
(ii)
laser;
(iii)
inframerah;
(iv)
kilauan kamera; dan
(v)
sistem pengecaman plat nombor automatik yang terdiri daripada sistem pemprosesan maklumat dan penggunaan kamera mudah alih.
(2)
Bagi maksud kamera statik, gelung induktif, jaluran piezo dan sensor untuk menimbang berat dengan muatan suatu kenderaan motor dan merekodkan kehadiran suatu kenderaan motor hendaklah dipasang pada mana-mana jalan untuk mengesan mana-mana kesalahan yang dirakamkan melalui kamera.
(3)
Bagi maksud kamera mudah alih, seseorang pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah mengaktifkan radar, laser atau sensor untuk merekodkan apa-apa kesalahan yang dirakamkan melalui kamera.”.
Pindaan kaedah 7 4.
Kaedah 7
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas subkaedah (2) subkaedah yang berikut:
“(3)
Walau apa pun subkaedah (1), jika pemunya berdaftar kenderaan motor melakukan suatu kesalahan yang dirakamkan melalui kamera berhubung dengan kesalahan memandu atau membenarkan dipandu suatu kenderaan motor yang berat dengan muatan kenderaan motor itu melebihi had berat maksimum dengan muatan yang dibenarkan, seseorang pegawai pengangkutan jalan boleh, sebagai ganti membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, menyampaikan suatu notis yang
P.U. (A) 222 5
dinyatakan dalam Jadual Keempat A mengikut cara penyampaian dalam seksyen 118 Akta.”.
Pindaan Jadual Pertama