Malaysia legislation
Section 5
of KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (KESALAHAN YANG DIRAKAMKAN MELALUI KAMERA) 2012
Seksyen 5
(1)
Kamera statik atau kamera mudah alih yang digunakan bagi maksud
4
kesalahan yang dirakamkan melalui kamera hendaklah diuji dan ditentukur untuk menentusahkan ketepatan kamera itu.
(2)
Seseorang pekhidmat awam yang seorang jurutera elektrik atau jurutera mekanik hendaklah memperakui bahawa kamera statik atau kamera mudah alih itu telah diuji dan ditentukur bagi maksud ketepatannya mengikut prosedur yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(3)
Bagi maksud subkaedah (2), perakuan itu hendaklah dibuat dalam suatu perakuan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Isyarat zon operasi kamera