Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (PENGAWALSELIAAN PUSAT PEMERIKSAAN KENDERAAN MOTOR) 2024
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“pemeriksa” ertinya mana-mana orang yang dilesenkan untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan motor dan mengeluarkan perakuan pemeriksaan;
“pusat pemeriksaan kenderaan motor” ertinya mana-mana premis termasuk mana-mana unit pemeriksaan bergerak yang digunakan oleh orang yang dilesenkan untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan motor atau mana-mana premis lain yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud menjalankan pemeriksaan kenderaan motor.