Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (PENGAWALSELIAAN PUSAT PEMERIKSAAN KENDERAAN MOTOR) 2024
Seksyen 3
Pusat pemeriksaan kenderaan motor
(1)
Mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa oleh
Ketua Pengarah boleh memasuki mana-mana pusat pemeriksaan kenderaan motor pada bila-bila masa untuk mengawal selia pusat pemeriksaan kenderaan motor.
(2)
Bagi maksud subkaedah (1), pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah boleh menjalankan tugas yang berikut:
3
(a)
memeriksa aparatus, kelengkapan dan kemudahan yang digunakan bagi aktiviti pemeriksaan kenderaan motor;
(b)
memantau mana-mana pemeriksaan kenderaan motor yang dijalankan oleh pemeriksa;
(c)
memeriksa rekod dan salinan laporan pemeriksaan kenderaan motor;
(d)
mengendalikan dan menguji apa-apa aparatus, kelengkapan dan kemudahan yang berhubungan dengan aktiviti pemeriksaan kenderaan motor;
(e)
mendapatkan apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan aktiviti pemeriksaan kenderaan motor;
(f)
mengakses dan mengendalikan mana-mana sistem komputer, rakaman audio atau visual untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan; dan
(g)
mengarahkan pemeriksa untuk memeriksa semula kenderaan motor, jika perlu, tanpa apa-apa kos.
(3)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah di bawah subkaedah (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada lima ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya; dan 4
(b)
bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
Dibuat 6 Ogos 2024
[MOT.BD.(S).600-1/3/2 Jld. 2(1); PN(PU2)460/JLD.133]
LOKE SIEW FOOK
Menteri Pengangkutan
5
ROAD TRANSPORT ACT 1987
ROAD TRANSPORT (SUPERVISION OF MOTOR VEHICLE INSPECTION CENTRE)
RULES 2024